Tuesday, May 20, 2014

Pengenalan Kerohanian

TUNJANG KEROHANIAN , SIKAP DAN NILAI – PENDIDIKAN ISLAM (PI)

Selepas mengikuti aktiviti-aktiviti yang berteraskan tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai khususnya komponen Pendidikan Islam, murid dapat mengetahui asas Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan melafazkan Dua Kalimah Syahadah. Pada masa yang sama murid dapat bersuci, berwuduk dan melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian mengikut adab.  Murid juga dapat mengenal asas bahasa Al-Quran, huruf hijaiyyah dan Jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan. Ciri-ciri pendidikan Islam adalah seperti berikut :

  1.  Akidah
  2. Ibadah
  3. Sirah
  4. Akhlak
  5. Asas Bahasa Al-Quran dan Tulisan Jawi

Pendidikan moral prasekolah memberi fokus kepada pelakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di prasekolah. Pendidikan moral tidak dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang dijalankan dalam prasekolah. Nilai-nilai murni kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah seperti berikut:
  1.  Kepercayaan kepada Tuhan
  2. Baik hati
  3. Bertanggungjawab
  4. Berterima kasih
  5. Berhemah Tinggi
  6. Hormat Menghormati
  7. Kasih Sayang
  8.  Keadilan
  9. Keberanian
  10. Kejujuran
  11. Kerajinan
  12. Kerjasama
  13. Kesedarhanaan
  14. Toleransi
  15. Berdikari
  16. Berdisiplin

No comments:

Post a Comment