Perkembangan kreativiti
merangkumi seni visual, pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif.
Tunjang ini lebih menekankan proses daripada produk. Kanak-kanak diberi peluang
untuk menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti
kreativiti.
Fokus seni visual adalah
pada aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apresiasi. Aplikasi seni merujuk
kepada proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan
sesuatu karya. Ekspresi kreatif adalah proses penghasilan karya. Apresiasi seni
melibatkan proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan
penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain.
Pendidikan Muzik merangkumi
aktiviti menyanyi, pengalaman awal untuk memainkan perkusi, penghasilan muzik
menerusi bahan atau objek improvisasi dan apresiasi muzik.
Drama dan Gerakan Kreatif
merangkumi aktiviti drama dan gerakan kreatif di mana murid diberi peluang
untuk main peranan, berlakon, menari dan membuat gerakan secara kreatif.
No comments:
Post a Comment